TENTANG DM PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN & FARDHU AIN
Membentuk Masyarakat Berilmu Dan Berakhlak
MENGENAI DM
DM Pusat Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain merupakan sebuah syarikat berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang beroperasi sebagai entiti korporat dalam bidang pendidikan Al-Quran dan Fardhu Ain.
Pusat pengajian ini ditubuhkan pada November 2021 dan dimiliki oleh Yayasan Madad Malaysia, serta beroperasi di bawah naungan yayasan tersebut dari segi hala tuju, sokongan strategik dan pemilikan, selari dengan misi dakwah, pendidikan dan pembangunan ummah yang diperjuangkan oleh Yayasan Madad Malaysia.
PENUBUHAN & PEMBIAYAAN
Penubuhan DM Pusat Pengajian AlQuran & Fardhu Ain pada November 2021, serta keseluruhan operasinya, merupakan inisiatif peribadi pemilik dan dibiayai sepenuhnya (100%) melalui wang infaq sendiri.
Tidak menjalankan sebarang kutipan awam
Tidak menerima sumbangan orang ramai
Tidak menerima dana luar
Tidak menerima sebarang pembiayaan pihak ketiga dalam apa jua bentuk
Segala kos penubuhan, pengurusan dan operasi ditanggung sepenuhnya oleh pemilik sebagai komitmen peribadi terhadap usaha pendidikan dan dakwah.
