T20, Tan Sri dan Datuk Seri Ramai Pinjam Ahlong

Apr 7, 2026 | 0 comments

PUTRAJAYA – Golongan T20 dan pekerja profesional menja­di­ antara individu paling ramai membuat pinjaman dengan along, sekali gus mendedahkan rea­liti sebenar kehidupan kumpulan itu di sebalik gaya hidup mewah yang dipamerkan. Lebih mengejutkan apabila ada dalam kalangan peminjam ter­sebut terdiri daripada individu bergelar Tan Sri dan Datuk Seri. Mendedahkan perkara itu, Ke­tua Perunding Unit Banteras Ah long, Pusat Pengajian al-Quran dan Fardhu Ain DM, Adam Mustapa berkata, mereka ini merupakan sebahagian daripada 80,000 mangsa along yang kini berada dalam radar