TENTANG DM PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN & FARDHU AIN

Membentuk Masyarakat Berilmu Dan Berakhlak

MENGENAI DM

DM Pusat Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain merupakan sebuah syarikat berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang beroperasi sebagai entiti korporat dalam bidang pendidikan Al-Quran dan Fardhu Ain.

Pusat pengajian ini ditubuhkan pada November 2021 dan dimiliki oleh Yayasan Madad Malaysia, serta beroperasi di bawah naungan yayasan tersebut dari segi hala tuju, sokongan strategik dan pemilikan, selari dengan misi dakwah, pendidikan dan pembangunan ummah yang diperjuangkan oleh Yayasan Madad Malaysia.

PENUBUHAN & PEMBIAYAAN

Penubuhan DM Pusat Pengajian AlQuran & Fardhu Ain pada November 2021, serta keseluruhan operasinya, merupakan inisiatif peribadi pemilik dan dibiayai sepenuhnya (100%) melalui wang infaq sendiri.

Tidak menjalankan sebarang kutipan awam

Tidak menerima sumbangan orang ramai

Tidak menerima dana luar

Tidak menerima sebarang pembiayaan pihak ketiga dalam apa jua bentuk

Segala kos penubuhan, pengurusan dan operasi ditanggung sepenuhnya oleh pemilik sebagai komitmen peribadi terhadap usaha pendidikan dan dakwah.

PENUBUHAN UNIT BANTERAS AH LONG DM

Ditubuhkan pada 6 Mac 2022. Penubuhan unit ini adalah sebagai respon terhadap isu pinjaman wang tidak berlesen (ah long) yang semakin membebankan masyarakat.

MATLAMAT UNIT BANTERAS AH LONG

  • Memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat
  • Menyediakan khidmat nasihat, bimbingan dan sokongan awal
  • Menjadi medium rujukan dan saluran bantuan
  • Menyokong usaha pencegahan melalui pendekatan dakwah, kaunseling dan pembangunan nilai masyarakat

SKOP OPERASI UNIT

Beroperasi melalui pendekatan pendidikan, advokasi dan sokongan komuniti, selaras dengan misi dakwah dan kebajikan yang didukung oleh Yayasan Madad Malaysia